Khidmat Bantu GPM SMK Tengku Mahmud

Pihak Pusat Sumber Dato' Haji Abbas merasa berbesar hati kerana Cikgu Zaiton bt Yunus, GPM SMK Tengku Mahmud, Besut telah sudi untuk datang memberi khidmat bantu. Kedatangan beliau amat bermakna, kerana beliau merupakan seorang GPM yang berpengalaman. Beliau mempunyai kepakaran dalam sistem fail.
Cikgu Zaiton yang berpewatakan ceria, telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna kepada guru-guru Pusat Sumber sekolah ini. Beliau, yang lebih mesra dengan panggilan "Kak Ton" telah mencurahkan ilmu, pengalaman dan kepakaran untuk kecemerlangana sesebuah PSS.